Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkpb Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Patuhi Sop Hargai Pengorbanan Petugas Kkm

Diterbitkan: 09 Nov 2020 4.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 9 November 2020 - Masyarakat diminta memahami pengorbanan setiap kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mendepani krisis pandemik COVID-19 yang sehingga kini belum ada tanda untuk berakhir.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-patuhi-sop-hargai-pengorbanan-petugas-kkm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:35 MYT

Kuala Lumpur, 9 November 2020 - Masyarakat diminta memahami pengorbanan setiap kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mendepani krisis pandemik COVID-19 yang sehingga kini belum ada tanda untuk berakhir.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, berkata salah satu cara untuk menghargai jasa mereka adalah dengan mematuhi amalan norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KKM serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Saya minta dan merayu kepada semua pihak untuk sentiasa ingat perjuangan panglima perang utama ketika ancaman COVID-19 ini iaitu petugas KKM yang juga benteng barisan hadapan negara ketika ini.

"Mereka berhempas pulas mempertaruhkan nyawa, bersengkang mata merawat kita memastikan keselamatan diri kita dan keluarga tanpa mempedulikan keselamatan diri sendiri demi memerangi COVID-19.

"Oleh itu tolonglah sangat-sangat patuhi SOP, amalkan penjarakan sosial, pakai pelitup muka dan hindarkanlah diri daripada berkumpul di tempat sesak," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text
ArtikelDiterbitkan 09 Nov 2020 4.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM