Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkpb Covid 19 Artikel Pilihan Op Mabuk Warga Emas Ditahan Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol

Published: 07 Jun 2020 9.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seremban, 7 Jun 2020 - Polis menahan seorang warga emas selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk yang dijalankan di Port Dickson, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkpb-covid-19-artikel-pilihan-op-mabuk-warga-emas-ditahan-memandu-di-bawah-pengaruh-alkohol
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:15 MYT

Seremban, 7 Jun 2020 - Polis menahan seorang warga emas selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk yang dijalankan di Port Dickson, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata dalam kejadian 11.05 malam di Jalan Kampung Baru Sirusa itu, lelaki berusia 71 tahun berkenaan yang memandu kenderaan jenis Mercedes telah diarahkan berhenti oleh anggota polis bagi tujuan pemeriksaan.

"Pemandu itu kemudian dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk menjalani sekali lagi ujian saringan penafasan menggunakan alat EBA-11 dan bacaan menunjukkan paras alkohol dalam darah melebihi had ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis berikutan faktor umur dan kes disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1848772

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: night, car and outdoor
ArticlePublished 07 Jun 2020 9.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM