
Pkpb Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng 393 Pati 72 Tekong Ditahan
Kuala Lumpur, 7 Jun 2020 - Seramai 393 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 72 tekong ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutama melalui lorong tikus dari 1 Mei hingga kelmarin.
Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, turut ditahan 11 individu yang disyaki penyeludup dan 12 kapal.
"Agensi penguatkuasa juga berjaya mengusir 132 PATI, lima tekong serta 17 kapal yang cuba membolosi kawasan sempadan negara," katanya.
Sehubungan itu, Dato' Seri Ismail Sabri berkata, kerajaan akan terus memantau dan meningkatkan kawalan kawasan sempadan negara terutama lorong tikus bagi menyekat kemasukan PATI.
Katanya, kawalan ketat secara bersepadu itu dilakukan menerusi Op Benteng membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM).
Sumber: Harian Metro
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN