
Artikel
#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 64,513 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan...
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 64,513 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 3,355 Pasukan Pematuhan melibatkan 14,745 anggota telah membuat pemantauan di 4,462 pasar raya, restoran (5,098), kilang (2,160), bank (3,978), pejabat kerajaan (1,256) dan penjaja (3,977).
Turut dipantau ialah pasar awam / tani (2,210), tempat ibadah (3,287), tempat riadah (1,693), terminal pengangkutan darat (2,173), terminal pengangkutan air (309) dan terminal pengangkutan udara (104).
Semalam, 519 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 508 individu dikompaun manakala 11 lagi direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (207)
- Tiada penjarakan fizikal (72)
- Aktiviti pusat hiburan (60)
- Tidak memakai pelitup muka (50)
- Lain-lain (130)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (3 Mei 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN