
Artikel
Ig Dato Sri Acryl Sani Dilantik Kpn Ke 13
Seluruh warga kerja Polis Diraja Malaysia mengucapkan setingggi-tinggi syabas dan tahniah kepada IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani di atas pelantikan...
Seluruh warga kerja Polis Diraja Malaysia mengucapkan setingggi-tinggi syabas dan tahniah kepada IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani di atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara yang baharu.
Sebagai makluman bersama, Dato' Sri Acryl Sani yang dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor pernah berkhidmat
sebagai Ketua Penolong Pengarah dan Timbalan Pengarah di Jabatan Siasatan Jenayah serta menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah di Jabatan Pengurusan.
Beliau juga pernah dilantik menjadi pengarah di beberapa jabatan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman iaitu Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 Ogos tahun lalu.
Setinggi-tinggi tahniah sekali lagi dan selamat bertugas Dato' Sri Acryl Sani!