
Artikel
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Posting Pilihan Program Jeneral Turun Padang Tinjau Aspek Penambahbaikan Kebajikan Anggota Sjr
Putrajaya, 2 Februari 2021 - Program 'Jeneral Turun Padang' yang melibatkan pegawai kanan Bukit Aman melawat lokasi sekatan jalan raya (SJR), adalah untuk meli...
Putrajaya, 2 Februari 2021 - Program 'Jeneral Turun Padang' yang melibatkan pegawai kanan Bukit Aman melawat lokasi sekatan jalan raya (SJR), adalah untuk melihat aspek penambahbaikan dan kebajikan anggota polis yang bertugas di lapangan, kata Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman, SAC Tuan Haji Mohd Yusoff Mamat.
“Program ini bukan mencari kesalahan tetapi untuk tengok penambahbaikan serta kebajikan anggota dan pegawai di SJR di lapangan, sama ada bagus atau perlu ditambah baik.
“Ia penting untuk memberi semangat kepada anggota dan pegawai yang bekerja dalam panas dan hujan,” katanya kepada BERNAMA selepas meninjau operasi SJR di Lebuh Sentosa menghala keluar ke Lebuhraya Maju (MEX Expressway) di sini hari ini.
Tuan Haji Mohd Yusof berkata, untuk memastikan anggota di lapangan memahami peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dikemas kini setiap hari, dan dipaparkan di setiap lokasi SJR supaya tidak berlaku kekeliruan berhubung tindakan terhadap orang awam yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).
“Pemahaman kepada anggota bertugas tentang peraturan yang telah digariskan kerajaan itu penting dan taklimat akan diberikan kepada mereka selepas habis giliran tugas, untuk mengelakkan aduan dan kekeliruan orang awam jika ditahan atau dikompaun,” katanya.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN






