
Artikel
Pic Of The Day Kehebatan Bmw R1250 Gs Perkasa Penugasan Utk
Bukan sahaja hadir dengan penampilan yang segak, malah mampu mencapai kelajuan maksima 240 km/j dan "multi-purpose" menjadikan motosikal model BMW R1250 GS san...
Bukan sahaja hadir dengan penampilan yang segak, malah mampu mencapai kelajuan maksima 240 km/j dan "multi-purpose" menjadikan motosikal model BMW R1250 GS sangat 'kena' dengan penugasan Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), khusus dalam Kawalan Rapat Keselamatan bermotosikal dan Rapid Assault Team (R.A.T).
Motosikal tersebut akan dikendalikan oleh Operatif UTK bagi penugasan Kawalan Rapat Keselamatan Bermotosikal dan R.A.T yang bertanggungjawab sebagai kumpulan penggempur bermotosikal PDRM.
R.A.T ditubuh bagi memastikan tindakan pantas mereka ke tempat krisis dalam menghadapi ancaman keganasan yang berlaku di sekitar Lembah Klang.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di: