Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Op Benteng Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Syabu 263 7 Kg Bernilai Hampir Rm9 5 Juta Dirampas

Published: 23 Feb 2021 1.42 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Georgetown, 23 Februari 2021 - Polis menumpaskan satu sindiket penyeludupan dadah jenis Syabu dari negara jiran dan menahan lima suspek termasuk dua lelaki warga asing dalam empat operasi serta serbuan berasingan di sekitar Pulau Pinang pada Rabu dan Khamis lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-op-benteng-waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-syabu-263-7-kg-bernilai-hampir-rm9-5-juta-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:31 MYT
Georgetown, 23 Februari 2021 - Polis menumpaskan satu sindiket penyeludupan dadah jenis Syabu dari negara jiran dan menahan lima suspek termasuk dua lelaki warga asing dalam empat operasi serta serbuan berasingan di sekitar Pulau Pinang pada Rabu dan Khamis lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Sahabudin Abd Manan berkata, menerusi operasi sama, polis turut merampas 263.7 kilogram (kg) Syabu dianggarkan bernilai hampir RM9.5 juta.

Beliau berkata, turut dirampas empat kenderaan bernilai RM104,000, wang tunai berjumlah RM30,950 dan barang kemas bernilai RM52,000 dengan jumlah keseluruhan rampasan dan sitaan mencecah RM9.67 juta.

Katanya, kegiatan sindiket itu terbongkar selepas pasukan Polis Marin yang menjalankan rondaan Op Benteng di perairan Teluk Tempoyak menahan sebuah bot fiber dinaiki dua lelaki warga asing, kira-kira jam 6.30 petang, Rabu lalu.

"Kedua-dua lelaki berusia 29 dan 33 tahun berasal dari Aceh, Indonesia itu didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan ditangkap sebelum diserahkan kepada Unit Risikan Marin, Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

"Hasil soal siasat ke atas mereka, membawa kepada serbuan ke atas sebuah pondok nelayan yang tidak bernombor dan jeti haram di tebing Sungai Keluang, Bayan Lepas," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of text that says 'Turut dirampas, empat kenderaan bernilai RM104,000 wang tunai berjumlah RM30,9 dan kemas kiri) bersama Komander dengan j
ArticlePublished 23 Feb 2021 1.42 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM