Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Polis Pantau Kemasukan Rohingya

Published: 26 Jan 2021 6.14 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 26 Januari 2021 - Seramai 281 pelarian etnik Rohingya yang melarikan diri dari kem perlindungan sementara di Balai Latihan Kerja (BLK) Lhokseumawe, Aceh di Indonesia kelmarin menimbulkan tanda tanya di mana mereka berada ketika ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-polis-pantau-kemasukan-rohingya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:17 MYT

Petaling Jaya, 26 Januari 2021 - Seramai 281 pelarian etnik Rohingya yang melarikan diri dari kem perlindungan sementara di Balai Latihan Kerja (BLK) Lhokseumawe, Aceh di Indonesia kelmarin menimbulkan tanda tanya di mana mereka berada ketika ini.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar mengesahkan pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Menurut beliau, pihaknya turut menggerakkan pasukan pemantau di seluruh kontinjen dan kawasan-kawasan sempadan bagi mengesan kumpulan pelarian itu.

"Baru-baru ini kita pernah melakukan tangkapan terhadap pelarian Rohingya yang cuba masuk ke negara ini di Klang, Selangor.

"Siasatan mendapati mereka datang dari Tanjung Balai dan masuk ke negara ini.

"Kita percaya mereka daripada kumpulan sama memandangkan kedudukan Tanjung Balai di Sumatera dekat negara kita”, kata beliau ketika dihubungi, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia di lampiran.

Sumber: Utusan Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: text
ArticlePublished 26 Jan 2021 6.14 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM