Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Wao Bantu Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Diterbitkan: 26 Jan 2021 6.12 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.28 PM
Kuala Lumpur, 26 Januari 2021 - Wanita yang berdepan keganasan rumah tangga ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), boleh mendapatkan perlindungan dengan menghubungi pihak polis di talian 999.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-wao-bantu-mangsa-keganasan-rumah-tangga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:49 MYT

Kuala Lumpur, 26 Januari 2021 - Wanita yang berdepan keganasan rumah tangga ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), boleh mendapatkan perlindungan dengan menghubungi pihak polis di talian 999.

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dalam kenyataannya berkata, kes keganasan rumah tangga meningkat dengan ketara sepanjang pelaksanaan PKP, sejak tahun lalu.

"Penting untuk wanita mengetahui bagaimana mendapatkan pertolongan sekiranya berdepan keganasan rumah tangga sepanjang PKP ini.

"Selain membuat laporan polis, individu yang berdepan keganasan rumah tangga juga boleh mendapatkan perintah perlindungan serta rawatan perubatan”, kata kenyataan itu.

Justeru, mangsa atau jika ada seseorang yang dikenali mengalami penderaan rumah tangga atau sebarang bentuk keganasan berasaskan gender, mereka juga boleh menghubungi WAO menerusi talian 24 jam, 03-79563488 atau applikasi WhatsApp, Think I Need Aid (TINA) di 018-9888058.

Talian lain boleh dihubungi termasuk Talian Kasih di 15999 (24 jam) atau melalui WhatsApp di 019-2615999; Befrienders KL (03 7627 2929) dan Malaysia Emergency Response Service (MERS), 999.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, text that says 'WAO bantu mangsa keganasan rumah tangga Lumpur: Wanita berdepan keganasan rumah ketika Kawalan (PKP)
ArtikelDiterbitkan 26 Jan 2021 6.12 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.28 PM