Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Empat Lorong Tikus Seludup Ketum Dikenal Pasti

Published: 02 Feb 2021 4.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Padang Besar, 2 Februari 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti tiga hingga empat lorong tikus dipercayai digunakan penyeludup ketum ke negara jiran berhampiran kawasan kejadian tembakan yang mengorbankan anggota PGA, baru-baru ini iaitu kira-kira 600 meter dari Tembok Sempadan (TS9), di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-empat-lorong-tikus-seludup-ketum-dikenal-pasti
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:08 MYT
Padang Besar, 2 Februari 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti tiga hingga empat lorong tikus dipercayai digunakan penyeludup ketum ke negara jiran berhampiran kawasan kejadian tembakan yang mengorbankan anggota PGA, baru-baru ini iaitu kira-kira 600 meter dari Tembok Sempadan (TS9), di sini.

Komander Briged Utara PGA, SAC Tuan Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, pihaknya membuat penggeledahan di laluan tersebut dan mendapati terdapat jejak lama iaitu kesan tayar kereta serta motosikal.

Katanya, pemeriksaan juga mendapati lorong tersebut menjadi laluan aktiviti seludup ketum dan digunakan kerana akses mudah dari jalan raya menuju ke jalan keselamatan.

"Jarak lorong tikus tersebut antara dua hingga tiga kilometer dari lokasi kejadian. Lorong-lorong ini adalah jalan lama dan sudah tidak aktif buat masa ini.

"Bagaimanapun, kami ada menempatkan anggota-anggota untuk membuat pemerhatian di kawasan tersebut kerana penyeludup dipercayai menggunakan laluan itu semula bila mereka ingat kami leka," katanya kepada pemberita di Pos PB 11, di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia di lampiran.

Sumber: Utusan Malaysia

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: motorcycle and outdoor, text that says 'NUR NAZLINA NADZARI PADANG hingga Tembak: 4 lorong tikus dikenal pasti Sempadan Malaysia tikus e

ArticlePublished 02 Feb 2021 4.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM