
Artikel
Polisdanmasyarakatberpisahtiada Posting Pilihan Pdrm Bantu Lancar Urusan Pengebumian Jenazah Adik Amir Zubaidi
Jasin, 2 Februari 2021 - Bagi memastikan urusan pengebumian jenazah Allahyarham adik Amir Zubaidi Qusyairi Abdul Malik, 7, berjalan lancar dan sempurna, Ketua...
Jasin, 2 Februari 2021 - Bagi memastikan urusan pengebumian jenazah Allahyarham adik Amir Zubaidi Qusyairi Abdul Malik, 7, berjalan lancar dan sempurna, Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Mispani Hamdan turut hadir di Madrasah As Syakirin Simpang Bekoh dan Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar untuk bersama penduduk setempat melaksanakan fardhu kifayah itu, semalam.
Beberapa anggota dari Balai Polis Simpang Bekoh juga ditugaskan membuat kawalan keselamatan bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan oleh semua yang hadir.
Seusai disolatkan di Madrasah As Syakirin Simpang Bekoh, jenazah kanak-kanak malang yang maut dipercayai didera itu dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar dan selamat dikebumikan tepat jam 12.40 petang hari sama.
Semoga roh Allahyarham adik Amir Zubaidi Qusyairi tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.