
HEBAHAN: SEMAKAN STATUS PANGGILAN EKSESAIS UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL BAGI JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI DAN WANITA) DAN KONSTABEL POLIS GRED YT1 (LELAKI)
Semakan status panggilan eksesais ujian pemeriksaan fizikal bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki dan Wanita) dan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki) akan bermula pada Isnin, 2 Februari 2021 hingga Khamis, 4 Mac 2021.
Calon lelaki dan wanita yang telah mengisi permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YA1 masing-masing pada 27 Julai 2020 hingga 15 Ogos 2020 serta 20 September 2019 hingga 8 November 2019, manakala bagi Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki) pada 16 November hingga 30 November 2020 boleh membuat semakan panggilan di sistem e-Pengambilan PDRM.
Para calon yang tersenarai hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian Help Desk, 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di Instagram dan Facebook Unit Pengambilan PDRM.