Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Satu Hari Satu Kebaikan

Diterbitkan: 24 Jan 2021 4.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 24 Januari 2021 - Ini bukan kejadian pertama, malah pada bulan Disember lalu, ada seorang individu yang terdesak kerana kelaparan mencuri makanan bertin yang disangkakan sardin, tetapi rupanya makanan anjing," kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-satu-hari-satu-kebaikan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:24 MYT

Petaling Jaya, 24 Januari 2021 - Ini bukan kejadian pertama, malah pada bulan Disember lalu, ada seorang individu yang terdesak kerana kelaparan mencuri makanan bertin yang disangkakan sardin, tetapi rupanya makanan anjing," kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal.

Menceritakan kejadian itu, Tuan Nik Ezanee berkata, individu terbabit gementar sehingga menyangkakan makanan bertin dicuri itu sardin.

"Individu ini tidak pernah mencuri seumur hidup, tetapi disebabkan hilang kerja dan anak kelaparan dia mencuri, betapa gementarnya dia hingga ambil makanan anjing dan jumlah yang dicuri sangat kecil.

"Jadi, kita bantu dia, saya bukan mempromosikan jika tiada duit boleh mencuri, tetapi ia soal rasa perikemanusiaan" katanya kepada Harian Metro.

Tuan Nik Ezanee berkata, tugas hakiki polis untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam namun tindakan kebajikan dilakukan adalah sebagai nilai tambah dalam Pasukan.

"Itu tanggungjawab saya, sekarang saya ada jawatan dan sedikit kuasa, jadi saya gunakan ke arah kebaikan.

"Kita belajar agama Islam sejak dari lahir lagi, Islam menuntut kita melakukan kebaikan, jadi saya gunakan ke arah kebaikan," katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro di lampiran.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text that says 'hafidzul@hme tro.com.my Petaling Jaya SATU HARI SATU KEBAIKAN Ketua Polis Petaling pernah bantu lelaki curi ma
ArtikelDiterbitkan 24 Jan 2021 4.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM