Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Kegiatan Pelacuran Menurun Pdrm Komited Laksana Operasi Sepanjang Pkp

Diterbitkan: 24 Jan 2021 2.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 24 Januari 2021 - Rumah urut dan hotel seluruh negara yang sebelum ini meriah dengan kehadiran lelaki 'hidung belang' mencari pemuas nafsu pelacur wanita warga asing atau tempatan, kini semakin suram.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-kegiatan-pelacuran-menurun-pdrm-komited-laksana-operasi-sepanjang-pkp
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:59 MYT

Petaling Jaya, 24 Januari 2021 - Rumah urut dan hotel seluruh negara yang sebelum ini meriah dengan kehadiran lelaki 'hidung belang' mencari pemuas nafsu pelacur wanita warga asing atau tempatan, kini semakin suram.

Hal ini terjadi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu oleh kerajaan tahun lalu yang mengehadkan pergerakan rakyat di negara ini.

Jumlah pelacur warga asing juga semakin berkurangan kerana tidak lepas masuk ke negara ini sejak kawalan pintu sempadan negara diperketat bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dan boleh dikatakan, pelacur tempatan dan warga asing di negara ini 'tak laku' kerana permintaan yang tidak serancak dahulu.

Perkara ini diperkukuhkan dengan penurunan hampir 50 peratus statistik serbuan, serta tangkapan pelacur warga asing yang dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman pada tahun lalu berbanding 2019.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, SAC Tuan Azmi Adam berkata, pihaknya menyerbu sebanyak 6,853 premis pelacuran dengan 17,916 tangkapan dibuat di seluruh negara pada tahun 2019.

Menurut Tuan Azmi, walaupun kegiatan pelacuran semakin berkurangan, pihaknya tetap melaksanakan risikan operasi dan hasilnya, sebanyak 12 sindiket pelacuran ditumpaskan tahun lalu dengan 18 ahli sindiket ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia di lampiran.

Sumber: Utusan Malaysia

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

No photo description available.
ArtikelDiterbitkan 24 Jan 2021 2.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM