Artikel
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Lapor Polis Jika Terdapat Pelanggaran Sop Di Tempat Masing Masing
Menteri Kanan (Keselamatan), Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu adalah amat dialu-alukan terutama dalam membantu polis men...
Kuala Lumpur, 3 Februari 2021 - Orang ramai digalak melaporkan terus kepada pihak berkuasa jika mengetahui terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan masing-masing.
Menteri Kanan (Keselamatan), Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu adalah amat dialu-alukan terutama dalam membantu polis mengambil tindakan yang sepatutnya.
"Maklumkan kepada polis jika melihat pelanggaran SOP. Polis misalnya ada laman web mereka untuk terima laporan dan sebagainya atau pergi sendiri ke Balai Polis dan laporkan," katanya pada sidang media mengenai perkembangan PKP di Wisma Pertahanan hari ini.
Terdahulu Dato' Sri Ismail Sabri ditanya berhubung dakwaan masih ada individu yang mengadakan majlis keramaian dan tanpa rasa bersalah mengemas kini status dalam media sosial dengan memberi alasan hanya menjemput keluarga terdekat sedangkan aktiviti berkenaan dilarang ketika dalam tempoh PKP.
Sementara itu, ditanya mengenai pelanggaran SOP oleh individu atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyampaikan bantuan ketika PKP, beliau berkata walaupun kerajaan sangat mengalu-alukan bantuan berkenaan, mereka tetap tertakluk kepada SOP yang digariskan.
Dato' Sri Ismail Sabri berkata, pematuhan SOP ini bukan sahaja untuk melindungi masyarakat atau kumpulan yang dibantu, tetapi juga kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.
Orang ramai boleh terus menghubungi pihak polis bagi melaporkan pelanggaran SOP PKP menerusi talian yang tertera di dalam Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia di pautan /direktori/direktori-pdrm/bukit-aman.
Sumber:
Harian Metro
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
