Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kes Dera Libat Ibu Bapa Kandung Paling Tinggi

Diterbitkan: 03 Feb 2021 3.17 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), ACP Puan Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya menerima sebanyak 1,491 laporan kes bagi tempoh tiga tahun berkenaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kes-dera-libat-ibu-bapa-kandung-paling-tinggi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:48 MYT
Kuala Lumpur, 3 Februari 2021 - Ibu bapa kandung merekodkan jumlah peratusan tertinggi sebagai pelaku jenayah kes penderaan kanak-kanak bagi tempoh tiga tahun sejak tahun 2018.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), ACP Puan Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya menerima sebanyak 1,491 laporan kes bagi tempoh tiga tahun berkenaan.

“Pada 2018, kita terima sebanyak 456 kes manakala pada 2019 pula 534 kes dan tahun lalu dengan 501 kes.

“Daripada jumlah keseluruhan itu, ibu bapa kandung menjadi pelaku tertinggi kes penderaan dengan 46 peratus diikuti pengasuh atau pusat jagaan dengan 27 peratus.

“Bagi ahli keluarga lain termasuk ibu bapa saudara, keluarga angkat, datuk dan nenek pula mencatatkan sebanyak 18 peratus dan selebihnya iaitu sembilan peratus adalah ibu bapa tiri,” katanya.

Beliau berkata, pelaku tertinggi adalah dalam kalangan ahli keluarga iaitu kombinasi ibu bapa kandung, ibu bapa tiri dan ahli keluarga lain sebanyak 82 peratus manakala selebihnya adalah orang luar iaitu pengasuh sama ada di rumah atau di pusat jagaan.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Sinar Harian di lampiran.

Sumber:
ArtikelDiterbitkan 03 Feb 2021 3.17 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM