Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Bermula Hari Ini Polis Tidak Kompromi Individu Langgar Sop

Diterbitkan: 16 Jan 2021 1.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, polis tidak akan berkompromi atau menggunakan budi bicara lagi bagi mana-mana individu dikenal pasti gagal mematuhi SOP berkenaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-bermula-hari-ini-polis-tidak-kompromi-individu-langgar-sop
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:16 MYT
Kuala Lumpur, 16 Januari 2021 - Tindakan tegas akan mula dikenakan terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini selepas tempoh kelonggaran berakhir semalam.

Tumpuan akan diberikan kepada kegagalan mematuhi SOP berkaitan rentas negeri, selain kesalahan lain.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, polis tidak akan berkompromi atau menggunakan budi bicara lagi bagi mana-mana individu dikenal pasti gagal mematuhi SOP berkenaan.

"Mulai esok (hari ini) polis akan mula bertindak tegas dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekali pun yang gagal mematuhi SOP dikeluarkan, terutamanya berkaitan rentas negeri, kecuali sebab tertentu dibenarkan seperti kecemasan atau kematian.

"Jika orang ramai masih keliru dengan SOP serta senarai dibenarkan dan tidak dibenarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), bolehlah kunjungi laman sesawang MKN di pautan https://www.mkn.gov.my/ atau hubungi hotline setiap agensi atau kementerian berkaitan," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Bermula Hari Ini Polis Tidak Kompromi Individu Langgar Sop
ArtikelDiterbitkan 16 Jan 2021 1.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM