Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Polis Kelantan Tempatkan Anggota Tanpa Uniform Buat Sekatan Di Semua Lorong Tikus

Diterbitkan: 16 Jan 2021 2.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Polis Kelantan menempatkan anggotanya yang tidak beruniform di semua ‘lorong-lorong tikus’ di jajahan tersebut bagi memastikan tiada pembolosan berlaku menerusi aktiviti rentas negeri sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan mulai hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-polis-kelantan-tempatkan-anggota-tanpa-uniform-buat-sekatan-di-semua-lorong-tikus
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:20 MYT
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Polis Kelantan Tempatkan Anggota Tanpa Uniform Buat Sekatan Di Semua Lorong Tikus
Laman Utama / Artikel / Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Polis Kelantan Tempatkan Anggota Tanpa Uniform Buat Sekatan Di Semua Lorong Tikus
Kembali ke Pustaka
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Polis Kelantan Tempatkan Anggota Tanpa Uniform Buat Sekatan Di Semua Lorong Tikus

Polis Kelantan menempatkan anggotanya yang tidak beruniform di semua ‘lorong-lorong tikus’ di jajahan tersebut bagi memastikan tiada pembolosan berlaku menerus...

Pasir Puteh, 16 Januari 2021 - Polis Kelantan menempatkan anggotanya yang tidak beruniform di semua ‘lorong-lorong tikus’ di jajahan tersebut bagi memastikan tiada pembolosan berlaku menerusi aktiviti rentas negeri sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan mulai hari ini.

Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Shafien Mamat berkata, pasukan khas yang diketuai oleh seorang pegawai itu turut diwujudkan untuk melakukan sekatan di sepanjang ‘lorong-lorong tikus’ terbabit bagi mengekang aktiviti rentas negeri.

"Kita sudah mengenal pasti semua ‘lorong-lorong tikus’ itu.

"Selain itu, kita turut mendapat kerjasama daripada Polis Kontinjen Terengganu menerusi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut yang telah membuat sekatan jalan raya (SJR) di pintu masuk ke negeri ini menerusi Besut," katanya kepada pemberita selepas turun padang meninjau SJR di Bukit Yong, di sini, pada Jumaat.

Katanya, Polis Kelantan akan mengambil tindakan tegas kepada individu yang melanggar peraturan tersebut tanpa sebarang kompromi.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Sinar Harian di lampiran.

Sumber: 



#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Polis Kelantan Tempatkan Anggota Tanpa Uniform Buat Sekatan Di Semua Lorong Tikus

ArtikelDiterbitkan 16 Jan 2021 2.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM