Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Trend Jenayah Menurun Tapi Kesalahan Seksual Kanak Kanak Keganasan Rumah Tangga Meningkat

Diterbitkan: 05 May 2021 12.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 4 Mei 2021 - Walaupun trend jenayah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19 menunjukkan penurunan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan peningkatan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-artikel-pilihan-trend-jenayah-menurun-tapi-kesalahan-seksual-kanak-kanak-keganasan-rumah-tangga-meningkat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:25 MYT
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Trend Jenayah Menurun Tapi Kesalahan Seksual Kanak Kanak Keganasan Rumah Tangga Meningkat
Laman Utama / Artikel / Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Trend Jenayah Menurun Tapi Kesalahan Seksual Kanak Kanak Keganasan Rumah Tangga Meningkat
Kembali ke Pustaka
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Trend Jenayah Menurun Tapi Kesalahan Seksual Kanak Kanak Keganasan Rumah Tangga Meningkat

Kuala Lumpur, 4 Mei 2021 - Walaupun trend jenayah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19 menunjukkan penurunan, Polis D...
 
Kuala Lumpur, 4 Mei 2021 - Walaupun trend jenayah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19 menunjukkan penurunan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan peningkatan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Datuk Huzir Mohamed berkata, selain itu, peningkatan turut dikesan membabitkan kesalahan bukan fizikal seperti pornografi serta kelucahan audio dan visual.

"Di sebalik penurunan (kadar dan trend jenayah), ada kategori tertentu menunjukkan peningkatan, contohnya kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, kesalahan bukan" physical contact" seperti buat capaian pornografi, amang seksual seperti perkataan menunjukkan isyarat lucah dalam bentuk audio dan visual.

"Punca peningkatan jenayah tersebut adalah disebabkan faktor penggunaan media sosial yang luas (dalam tempoh PKP)," katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan Ruang Bicara PDRM di Bernama TV, malam tadi.

Dalam pada itu, Datuk Huzir turut mendedahkan, kes keganasan rumah tangga juga meningkat sebanyak sembilan peratus atau 606 kes sepanjang tempoh PKP.
"Kes dapat dilihat, awal tahun 2021 iaitu Januari-Mac, peningkatan begitu ketara sekali, sebanyak 630 kes sebulan, sebelum ini hanya 400 kes sahaja.

"Peningkatan ini punca utamanya (dipercayai) adalah isu kewangan, masalah dadah dan tekanan perasaan. Ada kemungkinan disebabkan kemerosotan ekonomi seperti hilang sumber pendapatan akibat COVID-19," ujarnya lagi.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.astroawani.com/.../trend-jenayah-menurun-tapi...

Sumber: Astro Awani

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Trend Jenayah Menurun Tapi Kesalahan Seksual Kanak Kanak Keganasan Rumah Tangga Meningkat

ArtikelDiterbitkan 05 May 2021 12.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM