Artikel
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Instafamous Dikompaun Rm1 500 Kerana Tidak Pakai Pelitup Muka
Putrajaya, 4 Mei 2021 - Seorang instafamous dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka dalam video adegan raya melibatkan anggota polis berpak...
Putrajaya, 4 Mei 2021 - Seorang instafamous dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka dalam video adegan raya melibatkan anggota polis berpakaian uniform yang dimuat naik di laman sosial miliknya, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Tuan Mohd Fadzil Ali dalam kenyataan berkata, kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara itu dikeluarkan selepas lelaki terbabit hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini, semalam.
Tuan Mohd Fadzil berkata dalam video berkenaan, individu terbabit tidak memakai pelitup muka selain dilihat mempersendakan alasan-alasan yang diberikan bagi tujuan rentas negeri.
Sumber: BERNAMA
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
