Artikel
Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Amaran Lapor Polis Jika Berlaku Potong Barisan Kpn
Ipoh, 1 Mac 2021 - Orang ramai diminta melaporkan kepada polis sekiranya mempunyai maklumat berlaku kejadian ‘memotong barisan’ oleh pihak tertentu untuk menja...
Ipoh, 1 Mac 2021 - Orang ramai diminta melaporkan kepada polis sekiranya mempunyai maklumat berlaku kejadian ‘memotong barisan’ oleh pihak tertentu untuk menjadi penerima awal suntikan vaksin COVID-19.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, tindakan sewajarnya boleh diambil sekiranya didapati wujud unsur-unsur penyelewengan oleh pihak tertentu.
“Sekiranya berlaku, minta laporkan kepada saya (polis). Mungkin ada penyelewengan di satu-satu pihak dan ia boleh jadi satu kesalahan jenayah,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Penutupan Kursus Asas Konstabel Orang Asli (PDRM) Siri 1/2020 di lapang sasar utama, Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan kononnya terdapat 200 Ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan cuba ‘memotong barisan’ untuk menjadi penerima terawal suntikan vaksin Covid-19.
