Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM

Diterbitkan: 01 Mar 2021 10.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 71,653 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210301
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:09 MYT
 
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 71,653 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,195 Pasukan Pematuhan melibatkan 14,100 anggota telah membuat pemantauan di 6,005 buah restoran, pasar raya (4,725), bank (4,004), penjaja (2,958), pasar awam/tani (2,291), kilang (1,660) dan pejabat kerajaan (778).

Turut dipantau ialah tempat ibadah (3,755), tempat riadah (1,661), terminal pengangkutan darat (1,163), terminal pengangkutan air (301) dan terminal pengangkutan udara (132).

Semalam, seramai 611 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 584 dikompaun manakala 27 lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:

 Tiada penjarakan fizikal (169)
 Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (122)
 Rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (91)
 Tidak memakai pelitup muka (90)
 Aktiviti sukan (40)
 Aktiviti Pusat Hiburan (32)
 Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (30)
 Keluar rumah tanpa alasan munasabah (25)
 Lain-lain (12)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (1 Mac 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

ArtikelDiterbitkan 01 Mar 2021 10.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM