
Article
Pkp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 140,598 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuha...
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 140,598 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 3,874 Pasukan Pematuhan melibatkan 16,044 anggota telah membuat pemantauan di 4,545 pasar raya, restoran (5,090), kilang (2,244), bank (4,187), pejabat kerajaan (978) dan penjaja (3,731).
Turut dipantau ialah pasar awam / tani (2,295), tempat ibadah (3,430), tempat riadah (1,803), terminal pengangkutan darat (1,537), terminal pengangkutan air (394) dan terminal pengangkutan udara (135).
Semalam, 236 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP.
Daripada jumlah itu, seramai 235 individu dikenakan kompaun manakala satu (1) lagi direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (115)
- Tidak memakai pelitup muka (50)
- Tiada penjarakan fizikal (16)
- Lain-lain (55)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (12 Mei 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN