Pkp Covid19 Op Covid 19 Kpn Santuni Frontliners Bertugas Sjr Di Malam Raya
Kajang, 13 Mei 2021 - Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani menyantuni para petugas barisan hadapan di beberapa lokasi sekatan jalan raya (SJR) sekitar Selangor pada malam sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Antara lokasi SJR yang dilawati melibatkan Plaza Tol Semenyih, Plaza Tol USJ, Plaza Tol Subang dan Plaza Tol Bukit Jelutong.
Turut hadir bersama beliau ialah Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM.
Kehadiran Menteri Pertahanan bersama pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu telah menaikkan semangat para petugas meskipun terpaksa meninggalkan keluarga demi tugas yang diamanahkan.
Selain menerima sumbangan raya, para petugas turut dinasihatkan agar melaksanakan tugas dengan penuh berintegriti serta mengutamakan keselamatan diri pada setiap masa.
Secara keseluruhan, keadaan lalu lintas di kesemua lokasi SJR berjalan lancar. Para petugas juga melakukan pemeriksaan secara terperinci bagi memastikan hanya pengguna yang mempunyai hal kecemasan sahaja dibenar melakukan pergerakan rentas daerah atau negeri.
Hadir sama, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed bersama timbalannya, DCP Dato' Sharul Laili Masduki, Ketua Polis Daerah (KPD) Kajang, ACP Tuan Mohd Zaid Hassan, KPD Subang Jaya, ACP Tuan Abd Khalid Othman, KPD Petaling Jaya, ACP Tuan Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dan KPD Shah Alam, ACP Tuan Baharudin Mat Taib.
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin, Sarjan Mejar Zaiddin Dahalan dan Koperal Irfan Bujang, Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamaruddin.



















