
Article
Pkp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210705
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 88,875 pemeriksaan semalam.
STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 88,875 pemeriksaan semalam.
Ia melibatkan 4,391 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 20,065 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Semalam, 679 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 666 individu dikompaun, lapan (
direman manakala lima (5) lagi dijamin.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Rentas negeri / daerah tanpa kebenaran / makan / minum di premis (201)
- Membawa penumpang berlebihan (119)
- Tiada penjarakan fizikal (110)
- Tidak patuh arahan kawalan pergerakan (88)
- Individu gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (56)
- Tidak memakai pelitup muka (53)
- Premis gagal patuhi arahan (26)
- Lain-lain (26)
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (5 Julai 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN