Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid 19 Oppatuh Amaldanpatuh Artikel Pilihan Op Patuh 250 Premis Diarah Tutup 1 919 Premis Dikompaun

Diterbitkan: 05 Jul 2021 8.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 5 Julai 2021 - Sebanyak 202,591 pemeriksaan dijalankan sepanjang Op Patuh oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi lain sejak 25 Jun lalu hingga semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-oppatuh-amaldanpatuh-artikel-pilihan-op-patuh-250-premis-diarah-tutup-1-919-premis-dikompaun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 23:42 MYT
Kuala Lumpur, 5 Julai 2021 - Sebanyak 202,591 pemeriksaan dijalankan sepanjang Op Patuh oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi lain sejak 25 Jun lalu hingga semalam.

Dalam operasi itu, sebanyak 25,651 kilang dan 169,629 premis perniagaan diperiksa di seluruh negara.

Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, pemeriksaan juga turut dilakukan ke atas 6,258 tapak pembinaan dan 1,053 asrama penempatan pekerja.
"Dalam Op Patuh ini, pasukan pemeriksaan oleh PDRM bersama agensi lain mengeluarkan kompaun terhadap 1,919 premis yang melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard ditetapkan.

"Selain itu, 250 premis yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut diarahkan tutup," katanya kepada Berita Harian hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../op-patuh-250-premis-diarah...

ArtikelDiterbitkan 05 Jul 2021 8.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM