Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210617

Published: 17 Jun 2021 10.57 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 94,707 pemeriksaan semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210617
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:42 MYT
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 94,707 pemeriksaan semalam.

Ia melibatkan 4,461 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 20,204 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semalam, 764 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 722 individu dikompaun manakala 42 lagi individu direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Individu gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (162)
- Tidak memakai pelitup muka (138)
- Rentas negeri / daerah tanpa kebenaran / makan di premis (100)
- Tiada penjarakan fizikal (94)
- Tidak patuh arahan kawalan pergerakan (91)
- Membawa penumpang berlebihan (78)
- Premis gagal patuhi arahan (7)
- Lain-lain (94)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (17 Jun 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
ArticlePublished 17 Jun 2021 10.57 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM