Artikel
Artikel Pilihan Video Tular Pemilik Mercedes Benz Guna Lampu Strob Dicari
Kuala Lumpur, 17 Jun 2021 - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sedang mengesan pemilik sebuah kenderaan mewah yang menggunakan lampu...
Kuala Lumpur, 17 Jun 2021 - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sedang mengesan pemilik sebuah kenderaan mewah yang menggunakan lampu strob ketika melalui kesesakan trafik.
Pengarah JSPT Bukit Aman, CP Dato' Azisman Alias berkata, pihaknya menerusi JSPT peringkat kontinjen dan daerah sedang mengesan kenderaan jenis Mercedes-Benz yang tular di media sosial semalam.
"Penggunaan lampu strob adalah menjadi satu kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Pemilik kenderaan itu sedang dikesan bagi diambil tindakan susulan dan siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../pemilik-mercedes-benz-guna...
