Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Status Terkini Task Force Operasi Pematuhan Pdrm 20210516

Published: 16 May 2021 12.01 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 66,655 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210516
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:00 MYT
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 66,655 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,693 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,632 anggota telah membuat pemantauan di 3,957 pasaraya, restoran (4,642), kilang (1,961), bank (3,620), pejabat kerajaan (707) dan penjaja (1,774).

Turut dipantau ialah pasar awam / tani (1,660), tempat ibadah (3,393), tempat riadah (1,448), terminal pengangkutan darat (1,765), terminal pengangkutan air (376) dan terminal pengangkutan udara (149).

Semalam, 639 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 586 individu dikompaun manakala 53 lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Gagal merekod butiran diri /daftar masuk premis (152)
- Tidak patuh arahan kawalan pergerakan (109)
- Tidak memakai pelitup muka (103)
- Tiada penjarakan fizikal (100)
- Aktiviti pusat hiburan (25)
- Aktiviti perjudian (12)
- Rentas negeri / daerah tanpa kebenaran (11)
- Lain-lain (127)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (16 Mei 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
May be an image of standing and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: Urus Setia PN (Ko
 
 
ArticlePublished 16 May 2021 12.01 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM