Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#PKP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM

Diterbitkan: 15 May 2021 11.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 59,827 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-status-terkini-task-force-operasi-pematuhan-pdrm-20210515
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:19 MYT

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 59,827 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,219 Pasukan Pematuhan melibatkan 14,334 anggota telah membuat pemantauan di 4,219 pasaraya, restoran (4,518), kilang (2,171), bank (3,960), pejabat kerajaan (743) dan penjaja (1,733).

Turut dipantau ialah pasar awam / tani (1,568), tempat ibadah (3,598), tempat riadah (2,025), terminal pengangkutan darat (1,850), terminal pengangkutan air (322) dan terminal pengangkutan udara (93).

Semalam, 551 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 519 individu dikompaun manakala 32 lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:
- Gagal merekod butiran diri / daftar masuk premis (124)
- Tidak patuh arahan kawalan pergerakan (101)
- Tiada penjarakan fizikal (92)
- Tidak memakai pelitup muka (80)
- Rentas negeri / daerah tanpa kebenaran (3)
- Lain-lain (151)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (15 Mei 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

#KitaJagaKita
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#15052021

May be an image of 1 person, standing and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: Urus Se
ArtikelDiterbitkan 15 May 2021 11.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM