Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid 19 Hebahan Posting Pilihan Jangan Ke Ppv Jika Mysejahtera Berstatus Merah

Diterbitkan: 15 May 2021 2.11 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 15 Mei 2021 - Penerima vaksin yang mempunyai warna merah, jingga dan kuning pada paparan status MySejahtera diminta tidak hadir ke mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-hebahan-posting-pilihan-jangan-ke-ppv-jika-mysejahtera-berstatus-merah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:27 MYT

Kuala Lumpur, 15 Mei 2021 - Penerima vaksin yang mempunyai warna merah, jingga dan kuning pada paparan status MySejahtera diminta tidak hadir ke mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Paparan merah menunjukkan kes sudah disahkan melalui keputusan ujian makmal COVID-19 dan tidak mempunyai gejala, manakala jingga merujuk kepada kes disyaki dan kuning adalah individu dalam pemantauan (PUS).

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) mengeluarkan nasihat itu menerusi laman Twitter hari ini, sebagai peringatan kepada penerima vaksin yang akan ke PPV.

"Mereka yang mempunyai status sedemikian di MySejahtera diminta lebih bertanggungjawab dan tidak hadir ke PPV walaupun pada tarikh janji temu vaksinasi anda.

"Hubungi talian hotline untuk membatalkan janji temu, tarikh baharu akan dikeluarkan kemudian," katanya menerusi ciapan itu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Khairy Jamaluddin, turut memberi perhatian terhadap perkara itu memandangkan ada individu berstatus Pesakit Dalam Siasatan (PUI) hadir ke PPV untuk memenuhi janji temu bagi suntikan AstraZeneca.

Sumber: JKJAV dan Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of ‎text that says '‎Keputusan Ujian Makmal COVID-19 COVID-19 Lab Test Results Kes Yang Disahkan Tidak Bergejala/ Confirmed Case Asympt

May be an image of ‎text that says '‎Keputusan Penilaian Kesihatan Kes Suspek Suspected Case اثية Current Location Risk: Red Zone High Risk Depende
No photo description available.

ArtikelDiterbitkan 15 May 2021 2.11 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM