Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Oppatuh Amaldanpatuh Keratan Akhbar Pilihan Op Patuh Polis Gempur Kilang Degil

Published: 03 Jul 2021 2.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 3 Julai 2021 - Pihak berkuasa menjalankan Operasi Patuh (Op Patuh) di seluruh negara bermula semalam, membabitkan kawasan panas seperti kilang serta industri dengan 16 kompaun dikenakan terhadap pengurusan premis terbabit atas pelbagai kesalahan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-oppatuh-amaldanpatuh-keratan-akhbar-pilihan-op-patuh-polis-gempur-kilang-degil
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:05 MYT
Kuala Lumpur, 3 Julai 2021 - Pihak berkuasa menjalankan Operasi Patuh (Op Patuh) di seluruh negara bermula semalam, membabitkan kawasan panas seperti kilang serta industri dengan 16 kompaun dikenakan terhadap pengurusan premis terbabit atas pelbagai kesalahan.

Operasi empat hari ini diharap dapat menurunkan angka harian positif COVID-19 dan ia turut membabitkan penggunaan aset strategik seperti helikopter dan dron bagi pemantauan lebih berkesan selain sekatan jalan raya.

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin memaklumkan antara lokasi sasaran yang sudah dipetakan ialah tempat penginapan pekerja kilang atau industri.

Menurut Dato’ Seri Hamzah, mana-mana pihak yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) akan dikenakan kompaun maksimum.

Op Patuh membabitkan 21 agensi penguatkuasaan dan jabatan.

Di Selangor, Dato’ Seri Hamzah mengetuai pemeriksaan hari pertama Op Patuh.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.


May be an image of one or more people, people sitting, people standing, outdoors and text that says 'SUBANG AYA sebuah besl dakan Kementerian GEMPUR KILANG

May be an image of one or more people, people standing and outdoors
ArticlePublished 03 Jul 2021 2.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM