Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid 19 Oppatuh Amaldanpatuh Artikel Pilihan Op Patuh 213 Kompaun Dan Sembilan Premis Ditutup Mdn

Diterbitkan: 03 Jul 2021 1.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 3 Julai 2021 - Sebanyak 213 kompaun dikeluarkan dan sembilan premis diarah tutup hasil pemeriksaan di 19,192 kilang serta 81 asrama penempatan pekerja menerusi Op Patuh secara besar-besaran dan bersepadu di seluruh negara, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-oppatuh-amaldanpatuh-artikel-pilihan-op-patuh-213-kompaun-dan-sembilan-premis-ditutup-mdn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:27 MYT
Kuala Lumpur, 3 Julai 2021 - Sebanyak 213 kompaun dikeluarkan dan sembilan premis diarah tutup hasil pemeriksaan di 19,192 kilang serta 81 asrama penempatan pekerja menerusi Op Patuh secara besar-besaran dan bersepadu di seluruh negara, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin berkata, operasi itu diketuai 157 ketua polis daerah dan membabitkan 26,504 anggota daripada 23 agensi penguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Agensi itu termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dato' Seri Hamzah berkata, pemeriksaan pasukan penguat kuasa di lapangan mendapati banyak premis memperoleh kebenaran untuk beroperasi namun tidak berbuat demikian ketika pemeriksaan Op Patuh semalam.

"Pasukan penguat kuasa sudah mengenal pasti premis berkaitan dan akan menjalankan siasatan lanjut secara berkala di kawasan mencurigakan dari semasa ke semasa.

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus mengkoordinasikan Op Patuh secara besar-besaran dan serentak dalam tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi mengekang penularan COVID-19 terutama dalam kalangan pekerja sektor ekonomi dibenarkan beroperasi," katanya pada sidang media di Kompleks KDN, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../op-patuh-213-kompaun-9...

Jurugambar: Lans Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Khairul Hilmi Zaini


May be an image of 2 people, people sitting, people standing and indoor

May be an image of 1 person and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 2 people, people standing and indoor
ArtikelDiterbitkan 03 Jul 2021 1.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM