Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pkp 3 0 Masih Ada Penunggang Motosikal Berkonvoi Dalam Waktu Pkp Dikuatkuasakan

Published: 29 Jun 2021 3.38 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kajang, 29 Jun 2021 - Tindakan 15 penunggang motosikal berkuasa tinggi yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dengan berkonvoi, memakan diri apabila dikompaun RM5,000 setiap seorang ketika melalui sekatan jalan raya di Jalan Semenyih-Kuala Klawang di sini pada Sabtu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pkp-3-0-masih-ada-penunggang-motosikal-berkonvoi-dalam-waktu-pkp-dikuatkuasakan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:23 MYT
Kajang, 29 Jun 2021 - Tindakan 15 penunggang motosikal berkuasa tinggi yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dengan berkonvoi, memakan diri apabila dikompaun RM5,000 setiap seorang ketika melalui sekatan jalan raya di Jalan Semenyih-Kuala Klawang di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Tuan Mohd Zaid Hassan berkata, hasil pemeriksaan mendapati, kesemua penunggang motosikal terbabit melanggar SOP COVID-19 dan tindakan kompaun diambil berdasarkan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Dalam kes berasingan di Iskandar Puteri, Johor pula, pihak polis telah menahan dan mengeluarkan kompaun kepada sekumpulan sembilan remaja yang turut menunggang motosikal secara berkonvoi dalam satu sekatan jalan raya di Lebuhraya Kota Iskandar, di sini, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Tuan Dzulkhairi Mukhtar, tindakan penunggang-penunggang motosikal yang berkonvoi itu jelas melanggar SOP COVID-19 dan kesemua mereka dikenakan kompaun dengan keseluruhan berjumlah RM18,000.
May be an image of motorcycle and text

May be an image of outdoors
ArticlePublished 29 Jun 2021 3.38 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM