Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Perkukuh Strategi Capai Tier 1

Diterbitkan: 29 Jun 2021 2.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 29 Jun 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengukuhkan strategi dan usaha bersepadu bersama agensi penguatkuasaan berkaitan dalam usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-pdrm-perkukuh-strategi-capai-tier-1
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:40 MYT
Kuala Lumpur, 29 Jun 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengukuhkan strategi dan usaha bersepadu bersama agensi penguatkuasaan berkaitan dalam usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkata, ketika ini Malaysia berada pada kedudukan ‘Tier 2 Watch List’ menerusi laporan tahunan ‘US Trafficking in Persons (USTIP)’ Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) untuk tempoh tahun 2019 dan 2020.

"Usaha kita adalah untuk meletakkan Malaysia di ‘Tier 1’ seperti yang dicapai Singapura, selepas sudah mencapai ‘Tier 2’ pada tahun-tahun sebelumnya.

"Kita akan memperkukuhkan usaha dengan empat agensi penguatkuasaan, iaitu Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Di raja Malaysia (JKDM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

"PDRM bersama empat agensi ini serta Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) akan memastikan usaha ini berkesan dan memberi laporan terbaik kepada JNAS," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja ke Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Jenayah Berat (D9), di Bangunan KPJ, di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 1 person and text that says 'Isu pemerdagangan manusia, seludup migran Perkukuh strategi capai Tier 1 letakkan Malaysia bersama agensi j
ArtikelDiterbitkan 29 Jun 2021 2.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM