Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan 14 000 Penjenayah Warga Asing Ditahan

Diterbitkan: 12 Jul 2021 7.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 12 Julai 2021 - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan warga asing antara kelompok yang terjejas sekali gus boleh membawa kepada peningkatan kadar jenayah di negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-14-000-penjenayah-warga-asing-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:03 MYT

Petaling Jaya, 12 Julai 2021 - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan warga asing antara kelompok yang terjejas sekali gus boleh membawa kepada peningkatan kadar jenayah di negara ini.

Perkara itu boleh berlaku jika warga asing yang ada di negara ini hilang pekerjaan atau tidak bekerja sehingga mendorong mereka melakukan aktiviti jenayah bagi mendapat sumber kewangan bagi meneruskan hidup mereka.

Sejak 2019 hingga Mei lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas seramai 14,000 penjenayah warga asing kerana terlibat pelbagai kes jenayah seperti mencuri, pecah rumah, bunuh serta rogol.

Daripada jumlah itu, seramai 3,959 orang daripadanya melibatkan jenayah kekerasan manakala 10,041 ditahan bagi kesalahan harta benda.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, bagaimanapun terdapat penurunan ketara bagi semua kesalahan tersebut pada tempoh pelaksanaan PKP berbanding tahun sebelumnya.

"Hal ini disebabkan rondaan dan kawalan secara berkala dengan kehadiran pihak polis di mana-mana terutama ketika tempoh PKP ini. Ini secara tidak langsung menyebabkan penjenayah tidak berani buat kerja jahat mereka," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti berikut.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
#LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 12 Jul 2021 7.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM