Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Artikel Pilihan Polis Akan Panggil Exco Selangor Didakwa Langgar Sop Aidilfitri

Published: 21 May 2021 1.53 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Shah Alam, 21 Mei 2021 - Polis akan memanggil seorang Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu siasatan dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkenaan ziarah Aidilfitri dengan menganjurkan majlis sambutan hari raya baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-artikel-pilihan-polis-akan-panggil-exco-selangor-didakwa-langgar-sop-aidilfitri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:14 MYT
Shah Alam, 21 Mei 2021 - Polis akan memanggil seorang Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu siasatan dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkenaan ziarah Aidilfitri dengan menganjurkan majlis sambutan hari raya baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed berkata selain exco itu, pihaknya akan turut memanggil kesemua individu yang terdapat di dalam gambar sambutan terbabit seperti yang tular dalam media sosial.

Beliau berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) (No. 4) (Pindaan) (No.16) 2021.

“Setakat ini, kita belum memanggil mana-mana individu dan proses seterusnya dijalankan hari ini tetapi semua individu dalam gambar itu akan dipanggil untuk diambil keterangan termasuk exco tersebut,” katanya dalam sidang media secara dalam talian hari ini.

Baru-baru ini, tular sekeping gambar dalam media sosial yang memaparkan majlis sambutan yang diadakan di rumah wakil rakyat berkenaan di Kuala Langat.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,  https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 21 May 2021 1.53 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM