Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid 19 Artikel Pilihan Polis Siasat Dakwaan Neelofa Tidak Pakai Pelitup Muka Ke Mahkamah

Diterbitkan: 21 May 2021 1.20 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Seremban, 21 Mei 2021 - Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan usahawan dan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor, 32, yang tidak memakai pelitup muka ketika hadir di Kompleks Mahkamah Seremban di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-artikel-pilihan-polis-siasat-dakwaan-neelofa-tidak-pakai-pelitup-muka-ke-mahkamah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:11 MYT
Seremban, 21 Mei 2021 - Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan usahawan dan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor, 32, yang tidak memakai pelitup muka ketika hadir di Kompleks Mahkamah Seremban di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Tuan Mohd Said Ibrahim berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Laporan polis diterima kerana tindakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka seperti yang diwajibkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada orang ramai, termasuk mereka yang mengenakan niqab penuh atau separuh.

“Penjelasan berkenaan perkara ini telah dikeluarkan KKM setelah kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua tempat awam mulai 1 Ogos tahun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam tular gambar kehadiran Neelofa ke kompleks mahkamah berkenaan, yang mengundang pelbagai respons orang ramai apabila rata-rata mendakwa beliau tidak memakai pelitup muka walaupun mengenakan niqab.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 21 May 2021 1.20 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM