Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Artikel Pilihan Kadar Indeks Jenayah Turun Sepanjang Tempoh Pkp Pengarah Jsj

Published: 13 May 2021 1.36 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 13 Mei 2021 - Kadar indeks jenayah di seluruh negara terkawal dan menunjukkan trend penurunan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-artikel-pilihan-kadar-indeks-jenayah-turun-sepanjang-tempoh-pkp-pengarah-jsj
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:26 MYT
 
Kuala Lumpur, 13 Mei 2021 - Kadar indeks jenayah di seluruh negara terkawal dan menunjukkan trend penurunan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Datuk Huzir Mohamed berkata, trend penurunan itu hasil operasi dilakukan pihak polis secara berterusan bagi mengesan aktiviti jenayah di lapangan.

"Bagi tempoh PKP ketika ini (dikuat kuasa bermula semalam) trend jenayah masih terkawal dan menurun kerana kehadiran pasukan pemantau polis yang turun padang.
"Ini sekali gus mengurangkan peluang penjenayah untuk melakukan jenayah dan pasukan JSJ masih mengambil tindakan pencegahan jenayah.

"Sepanjang tempoh PKP juga, kami akan meneruskan operasi, siasatan dan proses pendakwaan," katanya pada sidang media selepas meninjau sekatan jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta arah pusat bandar, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../kadar-indeks-jenayah-turun

Sumber: Harian Metro


Pkp Covid 19 Artikel Pilihan Kadar Indeks Jenayah Turun Sepanjang Tempoh Pkp Pengarah Jsj
ArticlePublished 13 May 2021 1.36 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM