
Artikel
Pkp Covid 19 Artikel Pilihan Pegawai Kanan Bukit Aman Turun Padang Tinjau Anggota Bertugas Di Aidilfitri
Kuala Lumpur, 13 Mei 2021 - Pengarah dan timbalan pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman meluangkan masa di hari pertama Aidilfitri hari ini bag...
Kuala Lumpur, 13 Mei 2021 - Pengarah dan timbalan pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman meluangkan masa di hari pertama Aidilfitri hari ini bagi meninjau anggota yang bertugas di sekatan jalan raya sekitar Lembah Klang.
Antara yang turun padang ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk Huzir Mohamed, Pengarah JSJ Narkotik, CP Dato’ Razarudin Husain, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Khas) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, DCP Datuk Mastor Mohd Ariff dan Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJ Komersil, DCP Dato’ Sasikala Devi.
Mereka melakukan tinjauan antaranya di Plaza Tol Jalan Duta, Lebuh Sentosa, Jalan Cheras dan Lebuhraya Persekutuan.
Datuk Mastor ketika ditemui pemberita di Jalan Cheras berkata kehadiran mereka bagi memberi sokongan moral kepada anggota yang bertugas ketika orang ramai menyambut Aidilfitri bersama keluarga demi tugas.
“Ini adalah usaha untuk memberi semangat bahawa mereka tidak berseorangan dalam melaksanakan tugas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini," katanya.
Manakala di Selangor pula Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Zamri Yahya, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato' Seri Haji Mazlan Lazim, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, DCP Dato' Azisman Alias, Timbalan Pengarah JIPS, DCP Dato' Allaudeen Abdul Majid, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan, DCP Datuk Wira Mat Kasim dan Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) JLog, DCP Dato' Shukri Abdullah turut menyantuni para petugas SJR di pagi Aidilfitri.