Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pkp Covid 19 Artikel Pilihan Ihsan Sesama Manusia Dorong Pegawai Polis Perlahankan Kenderaan

Published: 06 Jul 2021 1.02 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, ASP Mohd Mustafa, 59, berkata, beliau tidak menyangka tindakan yang dibuat secara spontan atas perasaan simpati dan ihsan sesama manusia semasa mengiringi jenazah di Kampung Janda Baik, Bentong pada 2 Julai lepas, tular di media sosial.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-artikel-pilihan-ihsan-sesama-manusia-dorong-pegawai-polis-perlahankan-kenderaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:26 MYT
Kuantan, 6 Julai 2021 - Tindakan memperlahan kereta peronda supaya ahli keluarga dapat memberi penghormatan terakhir semasa van jenazah melintasi rumah mangsa, diharapkan membantu menenangkan ahli keluarga yang tidak dapat menatap wajah insan tersayang buat kali terakhir.

Ketua Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, ASP Mohd Mustafa, 59, berkata, beliau tidak menyangka tindakan yang dibuat secara spontan atas perasaan simpati dan ihsan sesama manusia semasa mengiringi jenazah di Kampung Janda Baik, Bentong pada 2 Julai lepas, tular di media sosial.

"Saya memandu sendiri kereta peronda itu dan kami menjemput van jenazah dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh di Tol Karak untuk ke Tanah Perkuburan Janda Baik di Bentong sebagai prosedur operasi standard (SOP) jenazah pesakit COVID-19.

"Kurang satu kilometer dari tanah perkuburan, saya melihat ada yang menunggu di tepi jalan sebuah rumah dan terus terdetik di hati bahawa inilah rumah arwah...automatik saya berasa perlu untuk memperlahankan kereta supaya ahli keluarga dapat 'melihat' arwah walaupun hanya dari dalam van jenazah.

"Semakin hampir, saya lihat ramai menangis sehingga saya juga sebak lalu mencapai pembesar suara untuk mengucapkan salam dan memohon maaf kerana SOP jenazah perlu terus dibawa ke tanah perkuburan," katanya semasa dihubungi Bernama di sini, semalam.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1979284
Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 06 Jul 2021 1.02 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM