Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid 19 Artikel Pilihan Video Tular Polis Panggil Ronnie Liu

Diterbitkan: 05 Jul 2021 2.17 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuantan, 5 Julai 2021 - Polis memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek, Ronnie Liu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kehadirannya di Kompleks Mahkamah Raub, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-artikel-pilihan-video-tular-polis-panggil-ronnie-liu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:12 MYT
Kuantan, 5 Julai 2021 - Polis memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek, Ronnie Liu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kehadirannya di Kompleks Mahkamah Raub, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Tuan Mohd Yusri Othman berkata, pihaknya sudah membuka dua kertas siasatan terhadap wakil rakyat dari Selangor berkenaan.

"Siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

"Kita sedang menyiasat sama ada Liu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kita sudah menghubunginya untuk hadir ke Balai Polis Raub," katanya.

Terdahulu, berlaku kekecohan di pekarangan mahkamah ketika 18 pekebun yang ditahan di Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Raub, semalam dibawa untuk mendapatkan perintah reman.

Dalam satu video tular, Liu dilihat mempersoalkan tugas pegawai polis di hadapan sebuah lori polis yang membawa kesemua pekebun terbabit.

Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 05 Jul 2021 2.17 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM