Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pistol Peluru Dan Eramin 5 Ditemui Di Bukit Kayu Hitam

Published: 01 Dec 2014 8.58 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Jitra, 1 Dis - Sepucuk pistol, 11 butir peluru dan 500 biji Eramin 5 ditemui di Bukit Kayu Hitam petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pistol-peluru-dan-eramin-5-ditemui-di-bukit-kayu-hitam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:21 MYT

Jitra, 1 Dis - Sepucuk pistol, 11 butir peluru dan 500 biji Eramin 5 ditemui di Bukit Kayu Hitam petang semalam.

Barangan itu ditemui daripada seorang lelaki tempatan, seorang lelaki dan wanita Thailand di dalam sebuah kereta di Lebuhraya Utara-Selatan.

 Pemangku Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof berkata mereka yang berumur antara 28 hingga 35 tahun dalam perjalanan dari Changlun menuju Thailand ditahan Unit Pencegah Penyeludupan semasa melakukan sekatan dan pemeriksaan rutin. 

 Beliau berkata lelaki Thailand itu mempunyai lesen memiliki senjata yang hanya sah di Thailand.

 Pasangan Thai itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan ketiga-tiga mereka positif Methamphetamine, katanya. 

 Zakaria berkata lelaki tempatan tersebut mempunyai tiga rekod berkaitan dadah dan mencuri serta satu kes yang disabitkan di Thailand. - BERNAMA 
ArticlePublished 01 Dec 2014 8.58 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM