Pulau Pinang, 1 Dis – Kerakusan seorang ah long mengaut keuntungan dengan memberi pinjaman wang tanpa lesen kepada penduduk di negeri ini sejak enam tahun lalu berakhir apabila dia ditahan polis dalam satu serbuan di Bayan Lepas, Khamis lalu.
Ah long berusia 36 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota serta pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Kormesial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya dalam satu serbuan di sebuah premis di Jalan Teluk Kumbar, Bayan Lepas, di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, bertindak atas maklumat dan laporan yang diterima berhubung kegiatan itu pihaknya menahan lelaki terbabit dan merampas wang tunai berjumlah lebih setengah juta ringgit bersama 51 keping cek pelbagai bank membabitkan nilai sebanyak RM846,000 beserta tiga bilah parang panjang.
Sumber: Utusan Malaysia