Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pic Of The Day Kreativiti Dan Kerjasama Warga Kerja Ipd Kemaman Cetus Kemeriahan Aidilfitri

Published: 23 Apr 2022 2.48 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Gabungan kreativiti dan semangat kerjasama untuk mengembalikan nostalgia menyambut kemeriahan Aidilfitri mendorong penduduk Perumahan Polis Bukit Mentok, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman berganding bahu menghias halaman rumah mereka dengan pelbagai lampu hiasan sempena Pertandingan Lampu Lip Lap Malam 7 Likur.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pic-of-the-day-kreativiti-dan-kerjasama-warga-kerja-ipd-kemaman-cetus-kemeriahan-aidilfitri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:39 MYT
Gabungan kreativiti dan semangat kerjasama untuk mengembalikan nostalgia menyambut kemeriahan Aidilfitri mendorong penduduk Perumahan Polis Bukit Mentok, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman berganding bahu menghias halaman rumah mereka dengan pelbagai lampu hiasan sempena Pertandingan Lampu Lip Lap Malam 7 Likur.

Pertandingan yang diinspirasikan oleh Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan itu melibatkan hampir 180 rumah.

Terdapat pelbagai replika seperti kereta kuda, pintu gerbang, kubah masjid, pondok jamuan dan lain-lain dihias indah menggunakan lampu kelip-kelip serta pelita.

Tidak ketinggalan, susunan motor antik dan yang paling istimewa adalah persembahan kemuncak berupa tarian kuda kepang serta seni pencak silat oleh warga IPD.

 
ArticlePublished 23 Apr 2022 2.48 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM