Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Timbalan Kpn Hadir Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sumbangan Asnaf Ipk Sabah

Diterbitkan: 23 Apr 2022 2.01 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Kinabalu, 23 April 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Asnaf bertempat di Masjid Khalid Al-Walid, Bridged Sabah Pasukan Gerakan Am, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-hadir-majlis-berbuka-puasa-dan-penyampaian-sumbangan-asnaf-ipk-sabah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:15 MYT
Kota Kinabalu, 23 April 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Asnaf bertempat di Masjid Khalid Al-Walid, Bridged Sabah Pasukan Gerakan Am, di sini, semalam.

Ketibaan beliau bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Zainah Othman telah disambut oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato' Idris Abdullah.

Dalam majlis itu, seramai 35 penerima terdiri daripada balu-balu polis dan anak-anak yatim warga PDRM Sabah diraikan dan menerima sumbangan yang disempurnakan oleh Datin Zainah Othman serta diiringi oleh Pengerusi PERKEP Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datin Sri Fadziah Hj. Abd Hamid.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato' Sri Hazani Ghazali, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Gerakan) Bukit Aman, CP Dato' Kasuahdi Ali, Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, DCP Dato' Shukri Abdullah, Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan (Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman, DCP Nik Murtaza Mahmud, Komander Eastern Command, DCP Hj. Hamzah Hj. Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Kamaruzaman Abdullah dan warga kerja Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

Sumber: Polis Sabah

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

May be an image of 8 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people, people standing and headscarf

May be an image of 3 people, people standing and text that says 'VVIP'

May be an image of 8 people, people standing, people sitting and headscarf
ArtikelDiterbitkan 23 Apr 2022 2.01 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM