Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pic Of The Day Ipd Maran Penuhi Jemputan Adakan Pameran Aset Pasukan Di Sk Chenor

Diterbitkan: 21 Nov 2024 6.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sumber: Polis Daerah Maran
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pic-of-the-day-ipd-maran-penuhi-jemputan-adakan-pameran-aset-pasukan-di-sk-chenor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:55 MYT
Pic Of The Day Ipd Maran Penuhi Jemputan Adakan Pameran Aset Pasukan Di Sk Chenor
Laman Utama / Artikel / Pic Of The Day Ipd Maran Penuhi Jemputan Adakan Pameran Aset Pasukan Di Sk Chenor
Kembali ke Pustaka
Artikel

Pic Of The Day Ipd Maran Penuhi Jemputan Adakan Pameran Aset Pasukan Di Sk Chenor

Sumber: Polis Daerah Maran
PIC OF THE DAY: IPD MARAN PENUHI JEMPUTAN ADAKAN PAMERAN ASET PASUKAN DI SK CHENOR

Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (IPD) Maran yang diwakili dua anggotanya berbesar hati memenuhi jemputan warga Sekolah Kebangsaan Chenor bagi mengadakan Pameran Aset Polis Diraja Malaysia sempena Sambutan Hari Kanak-kanak dan Keusahawanan di sekolah berkenaan.

Selain taklimat mengenai pameran yang diadakan, Sarjan Mejar Mohd Ilias Samsudin dan Sarjan Mohd Zulkarnain Hassan dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Maran, Pahang turut berkongsi dengan para pelajar dan warga pendidik tentang bidang tugas dan cabaran bergelar seorang anggota polis.
Para pelajar juga tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dan menaiki aset kenderaan yang digunakan dalam tugasan harian.

Semoga dengan pendedahan yang diberikan, para pelajar tersebut menyimpan cita-cita ingin menjadi anggota polis apabila dewasa nanti.

Sumber: Polis Daerah Maran

 
ArtikelDiterbitkan 21 Nov 2024 6.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM