Artikel
Hebahan Countdown Program 2tm Dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 1 Hari Lagi
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)
[HEBAHAN] COUNTDOWN PROGRAM 2TM DAN KONVENSYEN NASIONAL REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM 2024: 1 HARI LAGI
Ayuh beramai-ramai ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang akan berlangsung pada 22 hingga 24 November 2024 (Jumaat - Ahad) bermula 9.00 pagi sehingga 6.00 petang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Bertemakan “MADANI di Hati, Rakyat Disantuni", pelbagai aktiviti dan pengisian menarik disediakan untuk para pengunjung antaranya diskaun saman trafik Polis Diraja Malaysia sebanyak 60% bagi kesalahan-kesalahan terpilih, pameran berkenaan Semak MULE oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, karnival kerjaya, reruai pameran agensi serta jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Jangan lepaskan peluang, jumpa anda di sana! 

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)