Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

HEBAHAN: MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN PLAK MEGA TAHUN 2024 DI PULAPOL KL

Diterbitkan: 21 Nov 2024 8.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Sederap selangkah bakal menggegarkan dataran keramat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur (KL)!
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hebahan-majlis-perbarisan-tamat-latihan-plak-mega-tahun-2024-di-pulapol-kl-20241121
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:28 MYT
Sederap selangkah bakal menggegarkan dataran keramat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur (KL)!

Jangan lupa saksikan secara langsung Perbarisan Tamat Latihan Asas Kepolisan (PLAK) terbesar pada esok, 22 November 2024 (Jumaat), bermula jam 7.30 pagi bertempat di Dataran Kawad, PULAPOL KL yang bakal disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain.

Dalam majlis yang bersejarah itu, seramai 339 pelatih pegawai dan 1,408 pelatih anggota polis bakal menamatkan siri latihan asas Inspektor, Sarjan serta Konstabel dari empat buah pusat latihan iaitu PULAPOL KL, PULAPOL Segamat, PULAPOL Dungun serta PULAPOL Bukit Sentosa.

Bagi kemudahan "shuttle bus" dan van serta zon parkir kenderaan, sila rujuk di pautan berikut, https://www.facebook.com/share/p/1D48e9sqJr/
Setia bersama kami menerusi Media Sosial Rasmi PDRM untuk menyaksikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan PLAK mega tahun 2024!

HEBAHAN: MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN PLAK MEGA TAHUN 2024 DI PULAPOL KL

ArtikelDiterbitkan 21 Nov 2024 8.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM